Marah haiwan peliharaan buang najis atas lantai, lelaki pijak anjing 15 kali - Utusan Malaysia

Marah haiwan peliharaan buang najis atas lantai, lelaki pijak anjing 15 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki di Wigan, England ditahan polis selepas videonya memijak anjing peliharaannya sebanyak 15 kali tular dalam media sosial.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Matther Hurst, 23, didakwa menyerang anjingnya yang bernama Congo selepas haiwan itu dipercayai membuang najis atas lantai.

Selain memijak haiwan itu bertubi-tubi, Hust juga memegang kepala Congo dan menghempasnya ke lantai.

Video itu kemudiannya mendapat reaksi pelbagai pihak dengan ada dalam kalangan mereka membuat laporan polis dan RSPCA untuk tindakan lanjut.

Jurucakap RSPCA, Ryan King menyatakan, video itu menunjukkan Hust duduk di sofa dan memerhatikan sama ada anjing kencing atau buang najas atas lantai.

“Kemudian, lelaki itu bangun dan terus memijak anjing berkenaan bertubi-tubi sebanyak 15 kali sambil menjerit ‘apa yang anda lakukan?’.

“Dia kemudiannya memegang kepala anjing itu dan menghempasnya ke lantai sebanyak beberapa kali,” katanya.

Selepas Hust ditahan, anjing tersebut dibawa ke klinik haiwan dan bernasib naik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

Sebaliknya, anjing itu mengalami trauma, kesakitan dan tekanan akibat perbuatan kejam tersebut.

Ketika dibicarakan, Hust diperintahkan mahkamah dilarang membela haiwan selama 10 tahun.

Selain itu, lelaki tersebut juga dikenakan hukuman penjara selama 16 minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.