Lelaki ditahan buat lebih 2,000 panggilan ganggu polis  - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan buat lebih 2,000 panggilan ganggu polis 

ANGGOTA polis mengawal keselamatan di jalan utama di daerah Shibuya di Tokyo, Jepun. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki di Jepun ditahan selepas membuat lebih 2,000 panggilan kepada polis dalam tempoh sembilan hari untuk mengganggu pasukan keselamatan itu.

Lapor Oddity Central, lelaki berusia 67 tahun itu menghubungi Ibu Pejabat Polis Wilayah Saitama sebanyak 2,060 kali untuk memarahi dan memaki hamun mereka.

Malah, menerusi panggilan itu, lelaki berasal dari wilayah Saitama juga menuduh pasukan keselamatan sebagai `pencuri cukai’ dan memberitahu bahawa mereka harus dipecat.          

Siasatan menunjukkan lelaki itu menghubungi polis antara 30 September dan 8 Oktober lalu, dengan jumlah keseluruhannya sebanyak 2,060 panggilan.

“Secara purata, lelaki itu membuat panggilan setiap enam minit dan jumlah masa bercakap sekitar 27 jam sepanjang selang sembilan hari,” jelas laporan itu. 

Bagaimanapun, polis berjaya menahan lelaki itu atas kesalahan mengganggu kerja mereka.  

Lelaki itu mengaku melakukan kesalahan tersebut dengan menyatakan dia menyedari polis akan menahannya disebabkan perbuatan itu.

Dilaporkan, polis masih menjalankan siasatan dan setakat ini, tidak dapat dipastikan motif di sebalik perbuatan lelaki itu.   

Berdasarkan rekod telefon lelaki itu, dia pernah membuat panggilan demikian kepada polis selama bertahun-tahun, namun perbuatannya semakin menjadi-jadi sejak beberapa bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya