Kongres AS lulus undang-undang lindungi perkahwinan sejenis - Utusan Malaysia

Kongres AS lulus undang-undang lindungi perkahwinan sejenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kongres Amerika Syarikat (AS) meluluskan undang-undang untuk melindungi perkahwinan sejenis di bawah undang-undang persekutuan, dan Presiden, Joe Biden berikrar untuk segera menandatangani langkah itu.

Undian di Dewan Perwakilan menyaksikan 39 ahli Republikan menyertai majoriti ahli parti Demokrat kurang 10 hari selepas Senat meluluskan rang undang-undang yang sama.

“Hari ini, Kongres mengambil langkah kritikal untuk memastikan rakyat AS mempunyai hak untuk berkahwin dengan orang yang mereka cintai,” kata Biden dalam satu kenyataan.

Mahkamah Agung pada Jun membatalkan hak pengguguran yang telah lama wujud, mendorong penggubal undang-undang kedua-dua pihak bertindak menghalang mahkamah daripada mengambil hak perkahwinan sejenis, kerana sesetengah pihak bimbang ia mungkin berlaku.

Dewan berkenaan sebelum ini telah meluluskan undang-undang yang serupa dengan Senat, tetapi memerlukan satu lagi undian untuk menyelesaikan perbezaan kecil yang berlaku.

Biden menggelar kesaksamaan perkahwinan sebagai salah satu keutamaan perundangannya dan menegaskan ‘dengan rasa bangga’ akan segera menandatangani rang undang-undang itu untuk dikuatkuasakan.

Perundangan baharu itu, yang dikenali sebagai Akta Menghormati Perkahwinan, tidak memerlukan negeri menghalalkan perkahwinan sejenis tetapi memerlukan mereka mengiktiraf perkahwinan selagi ia sah di negeri tempat perkahwinan itu dilakukan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.