Jepun lancar kapal angkasa ke bulan - Utusan Malaysia

Jepun lancar kapal angkasa ke bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah syarikat permulaan di Jepun berjaya melancarkan kapal angkasa ke bulan hari ini, dalam misi pertama negara itu meneroka permukaan bulan.

Misi itu juga merupakan yang pertama seumpamanya dilancarkan oleh syarikat swasta di negara berkenaan.

Pelancaran itu dilakukan di Stesen Angkasa Lepas Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat (AS) selepas tertangguh selama dua kali disebabkan pemeriksaan tambahan sebelum penerbangan.

Kapal angkasa yang dibina oleh syarikat iSpace yang berpangkalan di Tokyo, dilancarkan bersama roket Falcon 9 milik SpaceX pada pukul 2.38 pagi (waktu tempatan).

“Misi pertama kami akan meletakkan asas bagi meneroka potensi di bulan sebelum meneliti dan mengubahnya menjadi sistem ekonomi yang teguh,” kata Pegawai Eksekutif iSpace, Takeshi Hakamada dalam satu kenyataan.

Ketika ini, hanya tiga negara iaitu AS, Russia dan China berjaya menghantar kenderaan robotik ke permukaan bulan.

Misi iSpace itu dikenali sebagai program Hakuto-R.

Sementara itu, syarikat itu memaklumkan, kenderaan robotik itu dijangka mendarat di bahagian permukaan bulan yang boleh dikesan pada April tahun depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya