HSBC tutup 114 cawangan di seluruh UK mulai April depan

HSBC tutup 114 cawangan di seluruh UK mulai April depan

BANK HSBC akan menutup 114 cawangannya di seluruh United Kingdom (UK) mulai April depan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bank HSBC mengumumkan bakal menutup 114 cawangannya di seluruh United Kingdom (UK) mulai April depan berikutan penurunan jumlah pengunjung akibat pandemik Covid-19.

Gergasi perbankan itu berkata, cawangan-cawangan yang ditutup itu mempunyai kurang daripada 250 pelanggan seminggu dan mengesahkan hanya 327 rangkaiannya yang akan beroperasi selepas gelombang penutupan baharu itu.

Lapor Daily Mail, penutupan terbaharu itu turut memberi tamparan hebat kepada beberapa kawasan bandar di Britain berikutan penutupan ratusan cawangan bank lain termasuk NatWest, Barclays dan Lloyds.

Bagaimanapun, penggunaan aplikasi mudah alihnya telah meningkat hampir tiga kali ganda sejak tahun 2017, dengan sebahagian besar transaksi diselesaikan secara digital.

HSBC menganggarkan kira-kira 100 pekerja bakal meninggalkan bank tersebut namun berharap untuk menempatkan semula semua pekerjanya di cawangan terjejas, sama ada ke cawangan lain atau jawatan berbeza.

Pengarah urusan pengedaran HSBC UK, Jackie Uhi berkata, bank tersebut juga kini sedang membangunkan hab perbankan baharu dan memasukkan lebih banyak pelaburan ke dalam perkhidmatan perbankan digitalnya.

Malahan, sejak tahun lalu HSBC menyediakan lebih 1,500 peranti tablet Samsung percuma kepada pelanggan terpilih di cawangan tempatan yang tidak berkemampuan atau tidak mempunyai akses kepada peralatan untuk membantu mereka menggunakan perkhidmatan perbankan digital.

“Orang ramai mengubah cara mereka bertransaksi dan jumlah pelanggan di banyak cawangan berada pada paras terendah sepanjang masa. Keputusan untuk menutup cawangan bukan sesuatu yang mudah terutamanya jika kami adalah cawangan terakhir di sesuatu kawasan, jadi kami telah melabur banyak dalam strategi selepas penutupan ini.

“Ini termasuk menyediakan peranti tablet percuma kepada pelanggan cawangan terpilih yang belum mempunyai peranti untuk membuat urusan bank secara digital, di samping memberi bimbingan untuk membantu mereka berhijrah ke perbankan digital,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya