Hartawan mata wang kripto maut nahas helikopter  - Utusan Malaysia

Hartawan mata wang kripto maut nahas helikopter 

VYACHESLAV Taran bersama isterinya, Olga Taran. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang hartawan dari Russia menjadi ahli perniagaan mata wang kripto terbaharu yang meninggal dunia secara misteri selepas helikopter dinaikinya terhempas berhampiran Monaco.  

Lapor Daily Mail, pengasas bersama Libertex dan Forex Club, Vyacheslav Taran, 53, maut selepas helikopter itu terjunam berhampiran bandar peranginan Villefranche-sur-Mer sejurus berlepas dari Lausanne di Switzerland. 

Kes kematian Taran bukanlah satu-satunya peristiwa tragis yang berlaku dalam dunia mata wang kripto baru-baru ini.

Taran menjadi usahawan mata wang kripto ketiga yang meninggal dunia secara mengejut sejak beberapa minggu lalu.

Sebelum ini, Pengasas syarikat Amber Group, Tiantian Kullander, 30, ditemukan meninggal dunia ketika tidur manakala Pengasas bersama MakerDAO, Nikolai Mushegian, 29, pula maut akibat lemas di pantai Puerto Rico.

Mushegian sebelum meninggal dunia dikatakan membuat ciapan di Twitter bahawa dia bimbang Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Mossad akan membunuhnya.

Misteri kini menyelubungi kematian Taran memandangkan nahas helikopter itu berlaku dalam keadaan cuaca baik dan cerah serta seorang penumpang lain membatalkan penerbangan pada saat terakhir.

Helikopter jenis H130 yang membawa Taran dan juruterbang berpangalaman dalam penerbangan dari Lausanne, terhempas kira-kira pukul 1 tengahari (waktu tempatan) pada 25 November lalu.

Seorang juruterbang warga Perancis berusia 35 tahun turut terkorban dalam nahas itu.

Timbalan Pendakwa Raya Nice yang menyiasat lokasi kejadian selepas nahas itu, tidak menolak kemungkinan wujud campur tangan pihak ketiga.   

Agensi berita Ukraine, UNIAN mendakwa Taran merupakan `hartawan kripto’ yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan Perkhidmatan Perisikan Asing Russia.  

Tanpa mengemukakan sebarang bukti, laporan itu mendakwa Taran dikaitkan dengan agensi pengintipan SVR dan bertanggungjawab menyeleweng dana Russia melalui sistem operasi mata wang kripto.  

Sementara itu, pihak berkuasa Perancis dan pembuat helikopter H130, Airbus melancarkan siasatan rasmi ke atas nahas tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya