Gunung Berapi Lascar meletus, cetus gegaran kecil - Utusan Malaysia

Gunung Berapi Lascar meletus, cetus gegaran kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO: Letusan Gunung Berapi Lascar di Andes awal pagi ini mencetuskan gegaran kecil, kepulan asap dan debu tebal.

Perkhidmatan Geologi dan Perlombongan Negara Chile melaporkan, aktiviti di gunung berapi itu berlaku pada pukul 12.36 pagi waktu tempatan.

Gunung berapi itu dilaporkan memuntahkan  abu dan gas panas ke udara sehingga ketinggian 6,000 meter dari kawahnya.

Pihak berkuasa memaklumkan penduduk di Talabre, bandar yang terletak 30 kilometer dari gunung berapi berkenaan, diarah untuk berpindah jika perlu, namun tiada kerosakan harta benda dilaporkan selain sistem amaran masih dikekalkan di tahap hijau.

Lascar dengan ketinggian 5,592 meter dari aras laut itu terletak 70 kilometer dari San Pedro de Atacama, pusat pelancongan popular yang menarik pengunjung untuk untuk melakukan aktiviti lasak, astronomi amatur dan lawatan ke Gurun Atacama, lokasi paling kering di Bumi.

Kali terakhir letusan di Lascar adalah pada 1993, selain mencatatkan aktiviti gunung berapi yang sederhana pada 2006 dan 2015.

Di selatan, amaran kuning kekal berkuat kuasa bagi kawasan sekitar gunung berapi Nevados de Chillan, 385km di selatan ibu kota Santiago, dan Gunung Berapi Villarica 800km ke selatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya