Dua bandar utama China mula longgarkan sekatan Covid-19 - Utusan Malaysia

Dua bandar utama China mula longgarkan sekatan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI: Dua bandar utama China, Guangzhou dan Chongqing mengumumkan kelonggaran peraturan Covid-19 semalam, sehari selepas penunjuk perasaan di selatan Guangzhou bertempur dengan pasukan keselamatan.

Tunjuk perasaan yang membantah peraturan ketat Covid-19 itu merebak ke seluruh negara sehingga ke Beijing dan Shanghai, selain menyaksikan rakyat mendesak Presiden China, Xi Jinping meletak jawatan.

Bandar Chongqing kini akan membenarkan kontak rapat dengan pesakit Covid-19 menjalani kuarantin di rumah tanpa perlu ke pusat kuarantin disediakan.

Guangzhou yang terletak berhampiran Hong Kong juga mengumumkan perkara yang sama, namun dengan jumlah kes yang semakin meningkat, timbul kebimbangan kesemua peraturan itu akan dikuatkuasa semula.

Dalam pada itu, pergerakan penunjuk perasaan di beberapa bandar utama dilaporkan juga terkawal selepas polis dikerahkan bagi mengawal keadaan.

Terdahulu, penunjuk perasaan dan polis bertempur, menyebabkan orang ramai membaling objek terhadap pasukan keselamatan.

Sehubungan itu, polis menahan sejumlah penunjuk perasaan bagi membantu siasatan sekiranya berlaku tindakan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya