Digigit ketika cuba rogol wanita, lelaki tikam mangsa 17 kali - Utusan Malaysia

Digigit ketika cuba rogol wanita, lelaki tikam mangsa 17 kali

ANGGOTA polis memeriksa lokasi penemuan mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh pemandu teksi angkutan selepas gagal merogolnya di Bogor, Jawa Barat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOR: Seorang wanita dipercayai dibunuh oleh pemandu teksi angkutan selepas dia menggigit tangan suspek yang cuba memperkosanya dalam satu kejadian menyayat hati di Bogor, baru-baru ini.

Mayat mangsa ditemukan dengan 17 kesan tikaman di seluruh badan di tepi jalan yang menghubungkan Jakarta dan Bogor di Jawa Barat.

Jurucakap polis Bogor, Yohannes Redhoi Sigiro berkata, mangsa merupakan wanita berusia 28 tahun dan bekerja di sebuah kedai menjual barangan seramik.

“Suspek yang berusia 49 tahun sudah ditahan dan dia didakwa menikam mangsa sebanyak 17 kali kerana berang tidak dapat merogolnya kerana mangsa melawan dengan menggigit tangannya.

“Suspek juga memberitahu polis, dia menekup mulut mangsa ketika cuba merogolnya, namun mangsa melawan menyebabkan dia mencapai pisau yang disimpan di dalam begnya lalu menikam mangsa bertubi-tubi di seluruh badan,” katanya.

Menurut Yohannes, kejadian itu berlaku di dalam teksi angkutan yang dipandu suspek ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas habis waktu kerja.

Ketika kejadian, mangsa duduk di bahagian depan bersama suspek sebelum suspek cuba mengambil telefon bimbit dan barangan kemas yang dipakainya.

“Selepas membunuh mangsa, suspek panik dan akhirnya meninggalkan mayat mangsa di tepi jalan.

“Suspek juga berusaha membersihkan semua kesan darah yang terdapat dalam teksinya, selain membuang pisau dan beg duit mangsa ke suatu lokasi,” ujar Yohannes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya