China enggan terima vaksin negara Barat - Utusan Malaysia

China enggan terima vaksin negara Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden China, Xi Jinping enggan menerima vaksin dari negara Barat walaupun berdepan cabaran besar penularan wabak Covid-19

Pengarah Perisikan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS), Avril Haines berkata, walaupun protes baru-baru ini tidak memberi ancaman terhadap pemerintahan Parti Komunis pimpinan Jinping, keadaan itu dikhuatiri boleh menjejaskan kedudukan peribadinya.

Walaupun kes harian Covid-19 di China hampir mencecah paras tertinggi sepanjang masa, beberapa bandar mengambil langkah untuk melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin selepas dasar sifar Covid diperkenalkan Jinping mencetuskan kelembapan ekonomi yang mendadak serta pergolakan awam.

Ketika berucap dalam Forum Tahunan Pertahanan Nasional Reagan di California, Hanes berkata, walaupun berdepan kesan sosial dan ekonomi akibat virus itu, Jinping tidak bersedia untuk mengambil vaksin yang lebih baik dari Barat, sebaliknya bergantung kepada vaksin di China yang kurang berkesan terhadap varian Omicron.

“Melihat bantahan dan tindak balas terhadapnya adalah menentang naratif yang sering dikemukakan, iaitu China jauh lebih berkesan dalam mentadbir kerajaan.

“Ia, sekali lagi, bukan sesuatu yang kami lihat sebagai ancaman kepada kestabilan pada masa ini, atau perubahan rejim atau apa-apa seperti itu tetapi perkembang tentang isu ini akan menjadi perkara penting untuk kedudukan Jinping,” jelasnya.

China tidak meluluskan mana-mana vaksin Covid-19 dari negara asing dan hanya memilih yang dihasilkan di dalam negara, namun beberapa kajian mencadangkan vaksin tersebut tidak berkesan sepenuhnya seperti beberapa vaksin asing.

Menurut pakar, ini bermakna pelonggaran langkah pencegahan virus boleh mendatangkan risiko besar.

White House mengesahkan pada awal minggu bahawa China tidak meminta bekalan vaksin dari AS.

Seorang pegawai AS memberitahu Reuters bahawa tidak ada jangkaan ketika ini bahawa China akan meluluskan vaksin dari negara barat.

“Nampaknya jauh sekali China akan memberi lampu hijau kepada vaksin Barat pada ketika ini. Ia adalah isu tentang kebanggaan negara, dan mereka perlu menelan risikonya jika mereka mahu melalui jalan ini,” kata pegawai itu.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya