Calon presiden Inodonesia tidak semestinya harus etnik Jawa - Utusan Malaysia

Calon presiden Inodonesia tidak semestinya harus etnik Jawa

MAJORITI responden dalam kajian Voxpol mahu pilihan raya presiden 2024 mengemukakan dua pasangan calon presiden dan naib presiden.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Hasil tinjauan Pusat Penyelidikan dan Perundingan Voxpol menunjukkan majoriti masyarakat di Indonesia tidak bersetuju jika calon presiden 2024 harus terdiri daripada etnik Jawa.

Sebanyak 53.5 peratus responden menyatakan tidak bersetuju sekiranya calon presiden 2024 perlu datang daripada etnik Jawa.

Hanya 38.3 peratus responden yang bersetuju dengan pendapat itu sementara 8.2 peratus menyatakan tidak tahu.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Perundingan Voxpol,  Pangi Syarwi Chaniago berkata, majoriti responden juga mahu pilihan raya presiden 2024 mengemukakan dua pasangan calon presiden dan naib presiden.

“59.3 peratus responden menyatakan dua pasang sudah memadai, 32.2 peratus mahu lebih dari dua pasang,” katanya.

Pangi berkata, antara sebab utama responden mahu calon lebih ramai kerana rakyat berhak memilih pemimpin alternatif.

“Ada juga yang beralasan supaya konflik dan perpecahan tidak berlaku dalam masyarakat, supaya tidak berlaku eksploitasi politik identiti selain memberi peluang kepada pemimpin muda,” katanya.

Tinjauan Voxpol dijalankan melalui temu bual bersemuka antara 1,220 responden berumur 17 tahun ke atas di 34 wilayah dari 22 Oktober hingga 7 November lalu menggunakan persampelan rawak pelbagai peringkat dengan margin ralat sekitar 2.81 peratus.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya