Budak 8 tahun dibaham buaya depan mata ibu bapa   - Utusan Malaysia

Budak 8 tahun dibaham buaya depan mata ibu bapa  

PERUT buaya dibelah itu mengandungi tulang dan rambut yang dipercayai milik Julio. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN JOSE: Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun maut diserang dan dibaham buaya ketika sedang bermain di sungai berhampiran rumahnya di Costa Rica.

Lebih menyayat hati, insiden itu berlaku di hadapan kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut.

Lapor New York Post, Julio Otero Fernández dibaham reptilia ganas itu sebelum diseret ke dalam Sungai Matina di bandar Limon pada 30 Oktober lalu.

Insiden itu berlaku ketika Julio pergi memancing bersama ibu bapa dan empat adik-beradiknya di Limon.

Ketika kejadian, Julio sedang bermain di dalam sungai yang mempunyai kedalaman air paras lutut sebelum dibaham buaya besar itu.    

Menurut bapanya, Don Julio Otera, dia tidak mampu melakukan apa-apa kerana kejadian itu berlaku terlalu pantas.

Katanya, dia dan isterinya, Margini Fernandez Flores hanya mampu melihat anak kesayangannya diserang reptilia ganas itu dan maut di depan mata mereka.

Hampir sebulan selepas kematian ngeri kanak-kanak itu, seorang pemburu dilaporkan membunuh seekor buaya di kawasan berkenaan.

Setelah perut buaya itu dibelah, penduduk menemukan tulang dan rambut yang dipercayai milik Julio.  

Sementara itu, Margini mengesahkan rambut dan tulang ditemukan dalam perut buaya dibunuh itu adalah milik anaknya.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya