Blogger makanan maut ditikam pesaing ketika 'live' di Kathmandu

Blogger makanan maut ditikam pesaing ketika ‘live’ di Kathmandu

GAN ditikam ketika membuat penstriman langsung dari sebuah pasar di Kathmandu, Nepal. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Seorang penulis blog makanan yang dikenali sebagai Fatty Goes To Africa maut ditikam ketika melakukan penstriman langsung dari sebuah pasar di ibu negara Nepal.

Lapor Daily Mail, mangsa yang bernama Gan, 20, dari China diserang oleh blogger saingannya di bandar Kathmandu pada 4 Disember lalu.

Ketika kejadian, Gan sedang membuat siaran langsung dari pasar makanan dan berbual dengan dua rakannya semasa ditikam pada waktu pagi.

Suspek dikenali sebagai Feng Zhengyung, 37, dari China juga merupakan penulis blog makanan menggunakan nama ‘Ayun’ di internet yang tinggal di Nepal.

Suspek dipercayai menyimpan dendam terhadap Gan dan sering cemburu dengan penulis blog berkenaan.

Satu rakaman video menunjukkan Gan sedang bercakap di hadapan kamera telefonnya ketika berjalan melalui pasar apabila dia diserang dari belakang.

“Ketika diserang, telefon yang dipegang mangsa terjatuh apabila skrin video tiba-tiba menjadi gelap, namun jeritannya masih kedengaran,” jelas laporan itu.

Gan ditikam di bahagian dada dan perut di tengah jalan, sebelum mangsa dikejarkan ke hospital selepas kejadian itu.

Mangsa bagaimanapun meninggal dunia lewat malam itu selepas cubaan menyelamatkannya gagal.

Satu lagi rakaman video memaparkan Gan sedang duduk di atas tanah dengan badannya berlumuran darah, manakala seorang lagi dipercayai penyerang didengari memakinya dalam bahasa Mandarin.

Suspek turut menikam seorang rakan Gan yang mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk dirawat.

Gan menggunakan platform media sosialnya untuk memperkenalkan makanan dan budaya negara asing kepada pengikutnya.

Gan dilaporkan mempunyai kira-kira lima juta peminat di China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN