Bahaya menanti jika Iran peroleh senjata nuklear - Utusan Malaysia

Bahaya menanti jika Iran peroleh senjata nuklear

PUTERA FAISAL FARHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan memberi amaran, kesan buruk yang tidak dapat dijangkakan bakal meletus sekiranya Iran memperoleh senjata nuklear dan semua negara Teluk perlu meningkatkan tahap keselamatan mereka jika perkara tersebut berlaku.

Beliau berkata demikian ketika temu bual di atas pentas di Persidangan Dasar Dunia di Abu Dhabi kelmarin.

“Sekiranya Iran mendapat senjata nuklear yang beroperasi, kesan buruk yang sukar diramal bakal berlaku.

“Kami berada dalam ruang yang sangat berbahaya di rantau ini dan kami boleh menjangkakan bahawa negeri serantau pasti akan melihat ke arah bagaimana mereka boleh memastikan keselamatan mereka sendiri,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk terus meningkatkan kerjasama penting antara Kerajaan Arab Saudi dan China.

“China adalah rakan perdagangan utama bukan sahaja Arab Saudi tetapi saya percaya untuk hampir semua dunia Arab.

“Mengadakan dialog ini dengan ekonomi kedua terbesar di dunia adalah penting bagi kami kerana kami terus membina perkongsian di peringkat global dengan cara yang dapat  memupuk peluang pertumbuhan dan kemakmuran untuk semua,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, keputusan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum dan sekutu termasuk Russia (OPEC+) untuk mengurangkan pengeluaran minyak sebanyak 2 juta tong sehari adalah wajar untuk mengekalkan pasaran yang stabil.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya