Agensi kerajaan Sepanyol terima enam bungkusan berisi bom surat

Agensi kerajaan Sepanyol terima enam bungkusan berisi bom surat

PASUKAN polis Sepanyol berkawal di sekitar Kedutaan Ukraine di Madrid selepas surat bom yang diterima meletup, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Kelmarin, pihak berkuasa Sepanyol memusnahkan satu bom surat yang dihantar ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Madrid.

Penghantaran itu merupakan yang keenam melibatkan bahan letupan berkenaan yang menyasarkan pihak berprofil tinggi, sekali gus menyaksikan pihak berkuasa negara ini meningkatkan kawalan keselamatan dan menegaskan sesekali tidak akan berhenti menyokong Ukraine.

Bungkusan berisi bom surat tu mula diterima oleh Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez pada 24 November lalu, menyebabkan kawasan sekitar dikosongkan sebagai langkah keselamatan jika bom berkenaan meletup.

Sejak Rabu lalu, bahan letupan yang sama turut dihantar ke Kementerian Pertahanan, pangkalan tentera udara, kilang pengeluar senjata dan Kedutaan Ukraine.

Semasa di Kedutaan Ukraine, bom surat itu dilaporkan meletup, menyebabkan seorang pengawal keselamatan cedera.

Menteri Pertahanan, Margarita Robles yang melawat bandar pelabuhan Odesa di Ukraine menegaskan, jika ada pihak cuba menggoyahkan sokongan Sepanyol dengan bom surat tersebut, langkah itu tidak akan berjaya.

“Ingin saya jelaskan bahawa bom surat atau sebarang tindakan keganasan sesekali tidak akan melunturkan komitmen Sepanyol, Kesatuan Eropah dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dalam terus menyokong Ukraine,” katanya.

Dalam pada itu, pensyarah hal ehwal antarabangsa di Universiti Comillas, Pedro Rodriguez menyatakan kesemua bom surat berkenaan bertujuan meraih perhatian pelbagai pihak.

Katanya, mana-mana pihak yang terlibat dengan bom surat tu hanya mahu mencetuskan kekecohan dan percaya ia melibatkan individu, bukannya kumpulan atau organisasi.

UKRAINE TUDUH RUSSIA

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba mengarahkan semua kedutaan negara itu di seluruh dunia mengetatkan langkah keselamatan selepas bom surat itu diterima di Madrid.

Duta Ukraine ke Sepanyol, Serhii Pohoreltsev secara lantang menuduh bom surat itu dihantar oleh Russia.

“Kami diberi maklumat mengenai ‘aktiviti Russia’ di luar negara dan oleh hal yang demikian, kami perlu berjaga-jaga dan meningkatkan kawalan,” ujarnya.

BUKAN ANCAMAN PENGGANAS

Penghantaran bom surat kepada beberapa pejabat kerajaan dan pangkalan tentera di sekitar Madrid menyebabkan sejumlah jalan utama ditutup, sekali gus mencetuskan kesesakan lalu lintas.

Timbalan Menteri Pertahanan Sepanyol, Rafael Perez berkata, bom isurat tu diletakkan dalam bungkusan warna coklat yang mengandungi serbuk peledak dan wayar pencetus yang akan menyebabkan ‘kebakaran’ berbanding letupan.

Satu daripada enam bungkusan yang diterima kini disimpan oleh pihak berkuasa negara ini bagi tujuan pemeriksaan.

Sementara itu, pihak berkuasa enggan mengeluarkan amaran kepada penduduk mengenai ancaman keganasan berhubung misteri bom surat berkenaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.