3 letupan kuat kedengaran di bandar Kyiv - Utusan Malaysia

3 letupan kuat kedengaran di bandar Kyiv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Sekurang-kurangnya tiga letupan kuat kedengaran di tengah-tengah pusat bandar Ukraine, Kyiv, hari ini.

Memetik laporan Al Jazeera, Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko berkata, pihaknya sudah mengerahkan pasukan perkhidmatan kecemasan ke wilayah Shevchenkivskyi.

Klitschko bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai insiden letupan itu.

Seorang ahli politik Ukraine, Oleksiy Goncharenko menerusi ciapan di Twitter menyatakan dia terdengar letupan kuat itu kira-kira pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan).

“Rakyat Ukraine terbangun akibat bunyi letupan kuat, terima kasih kepada negara jiran Russia,” katanya dalam ciapan itu.

Siren amaran serangan udara dibunyikan pada pukul 5.55 pagi (waktu tempatan) dengan para penduduk digesa untuk kekal berada di rumah dan berlindung di mana-mana bangunan yang selamat sehingga semuanya selesai.

Sementara itu, gabenor wilayah, Oleksiy Kuleba berkata, sistem pertahanan udara telah diaktifkan dan `menembak sasaran’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN