Zelensky beri amaran Ukraine perlu bersedia hadapi serangan Russia - Utusan Malaysia

Zelensky beri amaran Ukraine perlu bersedia hadapi serangan Russia

PELANCAR roket jenis BM-21 Grad milik tentera Ukraine membedil kedudukan tentera Russia berhampiran Bakhmut, wilayah Donetsk. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menegaskan Russia bakal melancarkan lebih banyak serangan termasuk serangan peluru berpandu baharu ke atas negaranya.

Sehubungan itu, beliau memberi amaran kepada pasukan pertahanan dan penduduk Ukraine supaya bersiap sedia menghadapi tekanan baharu itu terutamanya serangan ke atas grid kuasa.   

“Kami mendapat tahu musuh sedang merancang serangan baharu. Kami mengetahui ia adalah benar dan selagi mereka mempunyai peluru berpandu, mereka tidak akan bertenang,” katanya dalam satu video.

Ketika ini, salji di Kyiv dan suhu berlegar sekitar tahap beku dengan ramalan cuaca berkabus.

Bagaimanapun, menurut pihak berkuasa, kerja-kerja pemulihan tenaga elektrik, air dan haba hampir selesai namun tahap penggunaan yang tinggi mengakibatkan beberapa kawasan terputus bekalan.

Pada ketika ini, jutaan penduduk di dalam dan sekitar Kyiv menghadapi gangguan akibat siri serangan udara Russia.

Dalam pada itu, Zelensky menyifatkan minggu akan datang boleh menjadi sukar seperti minggu sebelumnya, apabila serangan ke atas infrastruktur elektrik menyebabkan Ukraine mengalami krisis tenaga paling teruk sejak tentera Russia melancarkan serangan pada Februari lalu.

“Pasukan pertahanan sedang bersiap sedia, malah seluruh negara sedang bersiap sedia. 

“Kami sudah menilai semua senario termasuk dengan rakan kongsi kami,” katanya.

Sejak Russia menyerang Ukraine pada 24 Februari lalu, Moscow menegaskan pihaknya tidak menyasarkan penduduk awam.

Namun, Kremlin pada Khamis lalu memaklumkan Kyiv boleh ‘mengakhiri penderitaan penduduknya’ dengan memenuhi tuntutan Russia.

Russia berjaya menguasai kawasan timur dan selatan Ukraine pada September.

Presiden Russia Vladimir Putin berkata, tuntutan wilayah Moscow tidak boleh dirundingkan. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya