Tersinggung lagu dinyanyikan rakan seperti mengejek, lelaki tikam kawan hingga mati - Utusan Malaysia

Tersinggung lagu dinyanyikan rakan seperti mengejek, lelaki tikam kawan hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIANTAR: Seorang lelaki mabuk menikam mati rakannya hanya kerana tersinggung dengan lagu yang dinyanyikan oleh mangsa.

Kejadian itu berlaku di Siantar Utara, Kota Siantar.

Menurut polis, suspek yang dikenali sebagai Benni Sitanggang, 36, membunuh rakannya, Ricardo Sihotang, 37, kerana tidak berpuas hati dengan lagi yang dinyanyikannya yang disifatkan memburukkan nama majikan tempatnya bekerja.

Ketua Polis Siantar Utara, Herli Damanik berkata, kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mabuk ketika insiden berlaku.

“Berang dengan lagu yang dinyanyikan yang seperti mengejeknya, suspek mengekori mangsa ketika dia keluar dari kedai minum tersebut.

“Tidak membuang masa, suspek terus menikam mangsa dari belakang menggunakan pisau, menyebabkan mangsa jatuh tersungkur.

“Penduduk setempat yang menyaksikan insiden itu bergegas mendapatkan mangsa dan membawanya ke hospital, manakala suspek melarikan diri,” ujarnya.

Ketika menerima rawatan, mangsa yang mengalami pendarahan serius disahkan meninggal dunia dan polis kini giat memburu suspek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya