Sudah tiba masa kerajaan mansuhkan undang-undang jenayah gay - KDN Singapura - Utusan Malaysia

Sudah tiba masa kerajaan mansuhkan undang-undang jenayah gay – KDN Singapura

K. SHANMUGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura menegaskan sudah tiba masanya kerajaan memansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan, iaitu undang-undang era kolonial yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki.

Menterinya, K. Shamugam yang juga merangkap Menteri Undang-Undang menyatakan, undang-undang tersebut ‘memalukan dan menyakiti golongan songsang’ di republik ini.

“Kebanyakan golongan gay tidak menyebabkan kemudaratan kepada orang lain. Mereka hanya ingin hidup dengan aman dan ingin diterima sebagai sebahagian anggota masyarakat.

“Mereka mungkin terdiri dalam kalangan keluarga kita, rakan-rakan dan mereka mempunyai harga diri serta berhak dihormati,” katanya dalam sidang Parlimen semalam.

Lapora Berita Mediacorp, Perdana Menteri Les Hsien Loong sebelum ini mengumumkan hasrat kerajaan untuk memansuhkan Seksyen 377A pada Ogos lalu.

Dalam pada itu, Shanmugam menekankan, jika undang-undang itu dimansuhkan, ia jelas menunjukkan golongan songsang bukanlah penjenayah.

Katanya, perbuatan jenayah di republik ini secara amnya melibatkan gangguan ketenteraman awam, selain undang-undang jenayah tidak boleh ‘masuk campur’ dalam kehidupan peribadi rakyat.

Beliau juga yakin rakyat republik ini sudah bersedia untuk menerima pemansuhan undang-undang berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya