Suami kenal pasti identiti mayat isteri, anak pada hari lahir - Utusan Malaysia

Suami kenal pasti identiti mayat isteri, anak pada hari lahir

ABOUBACARR Drammeh bersama isteri dan dua anak perempuannya. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang lelaki yang kehilangan isteri dan dua orang anaknya dalam satu insiden kebakaran, tampil menceritakan pengalaman sukar terpaksa dilaluinya termasuk mengenal pasti identiti mayat ahli keluarganya di sebuah bilik mayat hospital.  

 Lebih menyayat hati, proses mengenal pasti identiti ketiga-tiga insan kesayangan itu berlaku pada hari jadi Aboubacarr Drammeh yang ke-40.

Lapor metro.co.uk, Aboubacarr tidak dapat menahan kesedihan selepas isterinya,  Fatoumatta Hydara serta dua anak perempuannya, Fatimah, 3, dan Naeemah Drammeh berusia setahun terkorban dalam kebakaran di rumah mereka.

Ketiga-tiga mangsa maut akibat terhidu asap berikutan kebakaran membabitkan pangsapuri mereka di Fairisle Close, Clifton, Nottingham pada Ahad lalu.

Aboubacarr menyifatkan pengalaman dilalui pada minggu lalu sebagai yang `paling sukar dan mencabar’ dalam hidupnya.       

Malah, katanya, dia masih terkejut dan sudah tentu tidak dapat melupakan `hari jadi ke-40′ yang sebahagian besarnya dihabiskan di bilik mayat hospital. 

“Saya terpaksa masuk ke bilik mayat itu untuk mengenal pasti identiti isteri dan dua anak. Itu amat sukar buat saya,” katanya.

Menurut Aboubacarr yang bekerja sebagai jurutera bioperubatan di Minnesota, dia dalam proses mendapatkan visa untuk isteri dan anaknya agar dapat tinggal bersamanya di Amerika Syarikat (AS).

Katanya, dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu pada pukul 5 pagi (waktu tempatan) sebelum ke lapangan terbang untuk ke United Kingdom (UK) bagi melawat keluarganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya