Somalia: Hotel diserang, empat maut - Utusan Malaysia

Somalia: Hotel diserang, empat maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan berterusan kumpulan al-Shabaab yang mengepung sebuah hotel di ibu negara Somalia.

Menurut pegawai keselamatan, Mohamed Dahir, tembakan rambang dan letupan masih boleh kedengaran selepas waktu subuh di sekitar Villa Rose yang berhampiran istana Presiden di kawasan Mogadishu.

“Kumpulan lelaki bersenjata terperangkap di dalam sebuah bilik di bangunan dan pasukan keselamatan akan mengakhiri serangan itu tidak lama lagi.

“Setakat ini, empat orang terbunuh dan beberapa lagi cedera termasuk pegawai kerajaan,” katanya.

Sementara itu, beberapa saksi mendakwa dua letupan besar berlaku sebelum diikuti tembakan yang menyebabkan orang ramai melarikan diri dari lokasi kejadian di daerah Bondhere.

Dilaporkan, hotel itu terletak beberapa blok dari pejabat Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud.

Jelas saksi, semua laluan menuju ke hotel itu dikepung oleh pasukan keselamatan.

Kumpulan Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya