Shanghai Disneyland ditutup serta-merta akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Shanghai Disneyland ditutup serta-merta akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Kerajaan China mengarahkan penutupan serta merta Shanghai Disney Resort memerangkap pengunjung yang hadir dan hanya membenarkan mereka yang tidak dijangkiti Covid-19 keluar dari kawasan itu.

China ialah ekonomi utama yang terikat dengan dasar sifar Covid, dengan pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung segera, ujian besar-besaran dan kuarantin yang panjang dalam usaha untuk menghapuskan wabak tersebut.

Tetapi varian baharu telah menguji kebolehan pegawai tempatan untuk menyekat penyebarannya menyebabkan kebanyakan negara hidup di bawah sekatan yang sentiasa berubah.

“Pengunjung yang berada di Shanghai Disney Resort tidak dibenarkan keluar sehingga ujian yang dibuat di menunjukkan keputusan negatif”, kata kerajaan bandar menerusi notis dalam talian.

Menurut kenyataan itu, mereka yang telah melawat taman itu sejak Khamis lalu mesti mendapatkan tiga ujian negatif Covid-19 selama tiga hari berturut-turut dan mengelak daripada menyertai aktiviti berkumpulan.

Pengumuman itu dibuat selepas wakil Shanghai Disney Resort memaklumkan pusat itu ditutup buat sementara waktu berkuat kuasa serta-merta berdasarkan keperluan kawalan penyakit.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN