Rempuhan Halloween: Polis buru lelaki bertopi arnab

Rempuhan Halloween: Polis buru lelaki bertopi arnab

SEORANG lelaki bertopi arnab dan beberapa rakannya kini diburu polis selepas didakwa menjadi punca insiden rempuhan di Itaewon, Seoul. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sejumlah pengunjung yang terselamat dalam tragedi rempuhan ketika pesta Halloween di Itaewon mendakwa, seorang lelaki yang memakai topi arnab dan beberapa rakannya adalah dalang dalam kejadian tersebut.

Hal ini kerana, lelaki itu dan rakan-rakannya didakwa ‘menggalakkan orang ramai saling tolak menolak antara satu sama lain’ sehingga berlaku rempuhan.

Jumlah kematian akibat tragedi itu meningkat kepada 156 orang, dengan 29 lagi cedera parah dan 350 diletakkan di bawah kategori individu hilang.

Sehingga kini, polis Korea Selatan masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian tersebut, selain pihak berkuasa Seoul mengakui kelewatan dan tindakan kurang cekap pasukan keselamatan menyebabkan insiden itu ‘menjadi sangat serius’.

Beberapa media tempatan melaporkan, kejadian itu berkemungkinan berlaku apabila orang ramai cuma memasuki sebuah bar yang dikunjungi selebriti terkenal.

Dalam pada itu, portal berita Chosun melaporkan, pihak berkuasa giat memburu lelaki bertopi arnab berkenaan bagi membantu siasatan.

Seorang daripada pengunjung yang terselamat menerusi media sosial menceritakan, lelaki bertopi arnab itu yang dianggarkan berusia 20-an berdiri di belakangnya dan menjerit ‘Tolak! Tolak!’ sebelum menolaknya jatuh ke lantai.

Beberapa saksi lain turut menceritakan hal yang sama mengenai lelaki berkenaan dan mereka mendakwa, lima hingga enam rakannya juga ‘membantu menolak orang ramai’ sehingga berlaku kekecohan.

Selain itu, pihak berkuasa memeriksa sebanyak 52 kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian, termasuk video yang dikongsi dalam media sosial bagi mengenal pasti punca kejadian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya