Pyongyang nafi bekal senjata kepada Moscow, selar tuduhan Washington - Utusan Malaysia

Pyongyang nafi bekal senjata kepada Moscow, selar tuduhan Washington

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara menyifatkan dakwaan Amerika Syarikat (AS) mengenai Pyongyang membekalkan peluru artileri kepada Moscow untuk perangnya di Ukraine adalah tidak berasas.

Lapor KCNA, kritikan itu dibuat ketika ketegangan terus memuncak di Semenanjung Korea selepas Korea Utara melancarkan beberapa siri ujian peluru berpandu pada minggu lalu, sebagai amaran kepada latihan ketenteraan yang dilakukan oleh Korea Selatan dan AS.

Korea Utara menafikan dakwaan minggu lalu oleh jurucakap White House, John Kirby, yang memaklumkan artileri dari Korea Utara ke Russia sudah disembunyikan dan dalam penghantaran ke Asia Barat atau Afrika.

“Baru-baru ini, AS secara berterusan menyebarkan ‘khabar angin urus niaga senjata’ yang tidak berasas antara Korea Utara dan Russia,” kata naib pengarah hal ehwal luar tentera Kementerian Pertahanan Negara Korea Utara dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, Korea Utara menyifatkan ‘khabar angin’ itu sebagai sebahagian daripada ‘percubaan bermusuhan AS untuk memburukkan imej Pyonyang di arena antarabangsa’.

“Kami sekali lagi menjelaskan bahawa kami tidak pernah melakukan ‘urus niaga senjata’ dengan Russia dan kami tidak mempunyai rancangan untuk berbuat demikian pada masa hadapan,” tambah kenyataan itu.

Maklumat AS menunjukkan bahawa Korea Utara secara rahsia membekalkan perang Russia di Ukraine dengan sejumlah besar peluru meriam, sambil mengaburkan destinasi sebenar penghantaran senjata dengan cuba menjadikannya kelihatan seolah-olah ia dihantar ke negara-negara di Asia Barat atau Afrika Utara.

Kirby berkata, AS percaya jumlah peluru yang ‘ketara’ yang dihantar sudah cukup untuk membantu Russia memanjangkan perang tetapi tidak cukup untuk memberikan kelebihan berbanding pasukan Ukraine, yang dibekalkan oleh AS dan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.