Putin sah tidak akan hadir G20 di Bali minggu depan - Utusan Malaysia

Putin sah tidak akan hadir G20 di Bali minggu depan

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Russia, Vladimir Putin tidak akan menghadiri sidang kemuncak pemimpin G20 di Bali yang dijadualkan berlangsung minggu depan, kedutaan Moscow di Indonesia memberitahu AFP hari ini.

“Saya boleh mengesahkan (menteri luar) Sergei Lavrov akan mengetuai delegasi Russia ke G20. Program Presiden Putin masih diusahakan, beliau boleh mengambil bahagian secara maya,” kata Yulia Tomskaya, ketua protokol kedutaan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, yang menggelar Putin sebagai ‘penjenayah perang’ dan ybakal menghadiri sidang kemuncak itu, sebelum ini berkata, beliau tidak berhasrat untuk bertemu Putin di Bali jika pemimpin itu hadir.

Keputusan itu, yang menyusuli spekulasi berbulan-bulan, dibuat ketika Moscow mengalami kerugian dalam kempen di Ukraine dan ketika Kremlin cuba berlindung daripada kutukan Barat.

Diplomat tertinggi Moscow sebelum ini keluar daripada mesyuarat menteri luar G20 Julai di Bali selepas sejumlah diplomat antarabangsa mengecam terang-terangan pencerobohan Russia di Ukraine.

Tuan rumah, Indonesia menjalankan dasar luar yang neutral dan telah menolak seruan Barat untuk menghalang Russia daripada sidang kemuncak itu.

Presiden Indonesia, Joko Widodo, berkata Putin akan dijemput ke sidang kemuncak itu walaupun di sebalik isu pencerobohan yang menyebabkan kritikan Barat bertiup kencang.

Pada bulan Ogos, beliau berkata Putin telah menerima jemputan itu.

Sementara itu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky dijangka menghadiri sidang kemuncak itu secara maya biarpun Ukraine bukan negara anggota G20 dan beliau sebelum ini mengancam untuk memboikot sidang kemuncak itu jika Putin hadir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN