Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen letak jawatan parti - Utusan Malaysia

Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen letak jawatan parti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen letak jawatan sebagai Ketua Parti Progresif Demokratik (DPP) berikutan kekalahan teruk pada pilihan raya tempatan yang diadakan Sabtu lalu.

Kebanyakan rakyat Taiwan memilih parti pembangkang Kuomintang (KMT) dalam beberapa pilihan raya utama di seluruh Taiwan.

Pilihan raya itu turut menyaksikan isu tempatan menjadi keutamaan berbanding kebimbangan ancaman dari China yang membelenggu wilayah separa autonomi.

Sebelum ini, Ing-wen berulang kali pernah berucap mengenai `penentangan terhadap China dan mempertahankan Taiwan’ semasa berkempen untuk partinya.

Namun, calon parti itu, Chen Shih-Chung, yang tewas dalam perebutan jawatan Datuk Bandar Taipei, hanya membangkitkan isu mengenai ancaman Parti Komunis beberapa kali sebelum mengalihkan tumpuan kepada isu-isu tempatan.

Ing-wen mengemukakan peletakan jawatannya pada malam Sabtu yang dilihat satu tradisi menyusuli selepas sebarang kekalahan besar dialami.

Beliau dalam ucapannya juga menzahirkan penghargaan kepada para penyokongnya selepas peletakan jawatan itu.

“Saya harus memikul semua tanggungjawab. Kita berdepan dengan keputusan seperti ini, terdapat banyak kawasan yang perlu disemak semula dengan menyeluruh,” katanya.

Calon dari Parti KMT memenangi kerusi Datuk Bandar di Taipei serta di Taoyuan, Taichung dan bandar New Taipei.

Rakyat Taiwan memilih datuk bandar, ahli majlis bandar raya dan pemimpin tempatan lain di semua 13 daerah dan sembilan bandar. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya