Polis Turkiye tahan wanita mengaku dalang serangan bom - Utusan Malaysia

Polis Turkiye tahan wanita mengaku dalang serangan bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Polis Turkiye menahan seorang wanita Syria yang disyaki mempunyai kaitan dengan militan Kurdish selepas dia mengaku melakukan serangan bom di Isitikal Avenue di tengah Istanbul Ahad lalu.

Jabatan Polis Istanbul dalam satu kenyataan berkata, suspek Ahlam Albashir, warga Syria mengaku menerima arahan serangan daripada Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan dan sayapnya di Syria, Unit Perlindungan Rakyat (YPG).

Menurut polis, video daripada sekitar 1,200 kamera keselamatan telah disemak dan serbuan dilakukan di 21 lokasi.

Sekurang-kurangnya 46 orang lain turut ditahan untuk disoal siasat.

Suspek dikatakan meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki teksi selepas meninggalkan bahan letupan jenis TNT di laluan sesak itu.

Letupan berkenaan menyebabkan enam orang maut dan 81 cedera.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya