Polis tolak kematian empat sekeluarga di Jakarta berpunca daripada kebuluran

Polis tolak kematian empat sekeluarga di Jakarta berpunca daripada kebuluran

POLIS melakukan pemeriksaan di rumah yang menjadi lokasi penemuan empat mayat di Jakarta Barat, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis menolak kemungkinan punca empat sekeluarga yang ditemukan mati dalam sebuah rumah di Jakarta Barat pada Khamis lalu adalah disebabkan oleh kebuluran.

Berdasarkan siasatan dan pemerhatian awal yang dilakukan, keadaan di dalam rumah mangsa kelihatan tidak seperti mempunyai masalah kewangan sehingga menyebabkan kesemua mangsa mati akibat kebuluran.

Selain itu, keluarga mangsa juga menolak kemungkinan mereka meninggal dunia akibat kebuluran.

“Saya berasa pelik kerana jika mereka tiada duit untuk membeli makanan, mereka boleh hubungi kami dan maklumkan hal sebenar.

“Saya tidak rasa mereka meninggal dunia kerana kebuluran kerana bekalan makanan masih ada di rumah ketika mereka ditemukan mati,” kata seorang daripada ahli keluarga, Ris Astuti kepada CNN Indonesia.

Dalam pada itu, Gabenor Jakarta Barat, Yani Wahyu Purwoko turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut.

Katanya, rumah yang diduduki keempat-empat mangsa berada dalam keadaan baik, seperti tidak mempunyai masalah kewangan mahupun kekurangan bekalan makanan.

Beliau yang memetik sumber polis memaklumkan, adalah tidak mustahil keempat-empat mangsa sebenarnya membunuh diri berikutan penemuan kapur barus pada badan setiap mayat.

“Seorang daripada mangsa cuba menyembunyikan kematian mereka dengan menabur kapur barus pada mayat, selain menunjukkan keempat-empatnya tidak meninggal dunia serentak.

“Kapur barus sering digunakan untuk menyerap bauan, selain dipercayai si bapa yang meninggal dunia dan diikuti isterinya,” ujarnya.

Terdahulu, polis menemukan empat mayat iaitu si bapa yang berusia 71 tahun, ibu, 66 tahun, anak mereka, 42 tahun dan bapa saudara, 68 tahun dalam rumah tersebut selepas jiran membuat aduan terhidu bau busuk seperti bangkai sejak seminggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.