Piala Dunia 2022 ditayangkan di penjara Thailand   - Utusan Malaysia

Piala Dunia 2022 ditayangkan di penjara Thailand  

BANDUAN beratur di padang di pusat pemulihan penagihan dadah di Bangkok, Thailand. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Perlawanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 kini ditayangkan di semua penjara  di Thailand.

Lapor thethaiger.com, perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penjara negara itu. 

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penjara Thailand, keputusan itu dibuat bagi membolehkan banduan menonton acara bola sepak berprestij dunia itu di dalam penjara.

Bagaimanapun, jelas jabatan itu, terdapat sejumlah besar sekatan untuk berbuat demikian.

“Pertama sekali, perlawanan hanya akan ditayangkan sehingga pukul 9 malam, jadi kebanyakan perlawanan yang berlangsung lebih lewat pada waktu malam tidak akan disiarkan.  

“Para penonton harus bertenang dan tidak bertindak ganas termasuk bergaduh atau menjerit marah sekiranya pasukan mereka minati menunjukkan prestasi yang buruk.

“Pertengkaran, pergaduhan dan perjudian haram juga tidak dibenarkan ketika perlawanan Piala Dunia ditayangkan di penjara,” kata jabatan itu.

Jabatan itu menjelaskan ia merupakan satu hak keistimewaan dan para banduan diberi amaran untuk tidak bertaruh serta terlibat dalam sebarang pergaduhan ketika perlawanan Piala Dunia 2022 disiarkan di televisyen.  

Katanya, penyiaran perlawanan itu juga bergantung kepada sama ada setiap penjara tertentu mempunyai televisyen tersedia untuk menayangkan kepada banduan.

Peluang untuk menonton dan menikmati perlawanan akhir bola sepak itu adalah satu keistimewaan akhir tahun bagi para banduan di penjara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya