Penyokong Republikan tolak Trump jadi calon presiden 2024

Penyokong Republikan tolak Trump jadi calon presiden 2024

DONALD Trump bersama isterinya, Melania ketika bercakap kepada media selepas membuang undi di Palm Beach, Florida. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Ketika ini, Republikan berkemungkinan mampu merampas kembali penguasaan di Kongres daripada Parti Demokrat.

Berdasarkan keputusan awal, Republikan berada dalam laluan untuk memperoleh majoriti dalam Kongres, namun hanya melibatkan sebilangan kerusi, manakala parti mana yang bakal menguasa Senat masih belum dapat gambarannya.

Namun, sokongan terhadap pemimpin Republikan, Donald Trump dikatakan semakin menurun apabila percaturannya dalam menentukan calon di kawasan bertanding tidak menepati ramalan.

Sebahagian daripada calon pilihan Trump gagal merampas kerusi daripada calon Demokrat.

Keadaan itu menyebabkan sebilangan ahli dalam Republikan menyalahkan Trump terhadap kepincangan tersebut.

Dalam pada itu, Gabenor Florida, Ron DeSantis yang sebelum ini menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya presiden 2024, memenangi kerusinya di Florida, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pencabar utama Trump sebagai calon presiden mewakili Republikan.

Para pengundi Republikan di Scottsdale, Arizona turut membandingkan Trump dengan DeSantis.

“Trump kekal dengan egonya, manakala DeSantis pula tahu bila mahu bertindak atau sebaliknya,” kata seorang peniaga, Lisa Christopher.

Seorang lagi pengundi Republikan pula menyifatkan DeSantis sebagai calon yang paling layak bertanding merebut jawatan presiden mewakili parti tersebut.

“Mungkin kami perlukan Trump, namun DeSantis jauh lebih layak berbanding beliau,” ujar buruh binaan, Bob Nolan.

Selain itu, pensyarah di Universiti Chicago, Jon Rogowski memaklumkan, bukan mudah untuk Republikan menguasai kembali Kongres dan Senat dengan margin yang luas, berikutan krisis ekonomi dan kadar kelulusan Joe Biden yang rendah.

Sementara itu, Trump kelmarin mengakui keputusan awal pilihan raya pertengahan penggal AS tahun ini ‘sedikit mengecewakan’, namun, pada masa yang sama beliau masih memuji keupayaan Republikan untuk menguasai Kongres.

Sejumlah penganalisis politik pula membuat spekulasi bahawa Trump mungkin menangguhkan pengumuman besarnya pada 15 November ini berikutan ramai ahli Republikan dilihat enggan menyokongnya kembali dalam arena politik. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.