Penunjuk perasaan bantah sekatan Covid-19 di selatan China - Utusan Malaysia

Penunjuk perasaan bantah sekatan Covid-19 di selatan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUANGZHOU: Penunjuk perasaan di selatan China bertempur dengan polis ekoran bantahan awam terhadap langkah anti-Covid-19 selepas sekatan di kawasan itu dilanjutkan berikutan peningkatan jangkitan.

Video tersebar di media sosial sejak malam tadi menunjukkan beratus-ratus penduduk mengadakan tunjuk perasaan di kawasan jalan di metropolis perindustrian Guangzhou.

Beberapa orang dilaporkan cuba merobohkan penghadang yang bertujuan untuk menghalang penduduk yang terkurung daripada meninggalkan rumah mereka.

Beberapa orang dilihat cuba memukul pegawai yang memakai sut hazmat.

“Tiada ujian lagi,” jerit penunjuk perasaan, dengan beberapa orang membaling serpihan botol ke arah polis.

Satu lagi video menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan cuba melarikan diri dari sekatan dengan berenang merentasi laluan air yang memisahkan daerah terjejas Haizhu dari kawasan kejiranan.

Daerah yang mempunyai lebih 1.8 juta penduduk itu dikatakan menjadi punca sebahagian besar kes Covid-19 di Guangzhou.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN