Penularan Covid-19, selesema 'bergabung', AS zahir kebimbangan - Utusan Malaysia

Penularan Covid-19, selesema ‘bergabung’, AS zahir kebimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Amerika Syarikat (AS) berdepan musim selesema yang lebih teruk pada tahun ini susulan peningkatan penularan Covid-19 dan lonjakan kes virus sinsitium pernafasan (RSV).

Menurut data terkini daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS, selesema berlaku dengan ketara pada awal tahun ini terutama di kawasan tenggara dan selatan hingga menyebabkan lebih banyak kemasukan pesakit ke hospital pada ketika ini.

CDC menganggarkan, terdapat sekurang-kurangnya 880,000 pesakit selesema, dengan 6,900 dimasukkan ke hospital dan 360 kematian akibat penularan itu di seluruh negara.

Kematian kanak-kanak berkaitan selesema pada musim ini dilaporkan pada 22 Oktober lalu, justeru mereka yang berusia enam bulan ke atas perlu mendapat vaksin selesema setiap tahun.

Pakar pediatrik di Mayo Clinic di Rochester, Minnesota, Dr. Nusheen Ameenuddin, berkata kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit paru-paru kronik atau masalah jantung mungkin berisiko tinggi untuk penyakit teruk akibat virus pernafasan.

Sementara itu, ahli epidemiologi dan ketua pasukan pengawasan influenza domestik CDC, Lynnette Brammer, berkata vaksinasi membantu mencegah jangkitan dan kesan yang serius, tetapi masih boleh dijangkiti.

Pakar kesihatan turut memberi amaran ‘tripledemik’ penyakit pernafasan pada musim sejuk ini disebabkan oleh musim selesema berupaya meningkatkan kes RSV dan peningkatan penularan koronavirus.

Selain itu, menurut data CDC, kes Covid-19 yang disebabkan oleh varian baharu BQ.1 dan BQ.1.1 turut berkembang pesat di AS.

Kedua-dua varian berkenaan menyumbang lebih daripada satu perempat jangkitan Covid-19 baharu di seluruh negara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya