Pengurus Walmart tembak mati enam rakan sekerja di bilik rehat

Pengurus Walmart tembak mati enam rakan sekerja di bilik rehat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIRGINIA: Seorang pengurus Walmart berusia 31 tahun menembak mati enam orang di sebuah cawangan pasar raya berkenaan di Chesapeake, Virginia yang dipenuhi pelanggan sebelum membunuh diri dalam insiden tembakan terbaharu di Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Pihak berkuasa bandar mengenal pasti penembak itu sebagai penduduk Chesapeake bernama Andre Bing yang bersenjatakan sepucuk pistol dan Walmart mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa Bing adalah ketua pasukan kakitangan syif malam yang bekerja dengan syarikat itu sejak tahun 2010.

ANDRE BING

Seorang pekerja bernama Briana Tyler yang terselamat daripada serangan itu memberitahu, adegan keganasan tersebut tercetus apabila pengurus kedai tersebut secara tiba-tiba memasuki bilik rehat kakitangan dan melepaskan tembakan.

“Dia tidak menyasarkan sesiapa secara khusus dan mula melepaskan tembakan secara rambang di seluruh bilik rehat dan saya melihat ramai orang jatuh ke lantai, sama ada mereka cuba bersembunyi untuk perlindungan atau mereka ditembak.

“Lelaki bersenjata itu memandang tepat ke arah saya dan terus melepaskan tembakan tetapi saya terselamat kerana tembakannya tersasar hanya beberapa inci sahaja. Dia tidak berkata apa-apa,” kata Tyler memberitahu program Good Morning America ​​di saluran ABC.

Penembak berkenaan dan dua mangsa ditemui mati di bilik rehat kakitangan, manakala mayat seorang lagi mangsa ditemui di bahagian hadapan kedai.

Tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah akibat luka tembakan meninggal dunia di hospital dengan mangsa termuda dilaporkan berusia 16 tahun.

Ketua polis Chesapeake, Mark Solesky berkata, empat lagi mangsa masih dirawat di hospital dan mengesahkan hanya enam mangsa yang meninggal dunia walaupun menyatakan kemungkinan 10 yang maut dalam kenyataan sebelum ini.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya