Pengetua sekolah ditahan gelapkan gaji guru sandaran RM163,471 - Utusan Malaysia

Pengetua sekolah ditahan gelapkan gaji guru sandaran RM163,471

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAMBI: Polis menahan seorang pengetua sekolah yang hanya dikenali sebagai YS kerana didakwa tidak membayar gaji guru sandaran sehingga mencecah jutaan rupiah.

Turut ditahan bendahari sekolah tersebut yang dikenali sebagai HR, 43.

Jurucakap polis, Dewa Ngakan Nyoman Arinata berkata, kes itu terbongkar selepas seorang daripada guru sandaran yang terjejas membuat pendedahan mengenai masalah yang dihadapi dalam media sosial.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati, kedua-dua suspek tidak menyerahkan gaji kepada guru sandaran di sekolah berkenaan dalam beberapa tempoh berjumlah 541 juta rupiah (RM163,471).

“Kedua-dua suspek turut memalsukan dokumen pembayaran gaji bagi mengelirukan pihak berkuasa, sedangkan ada guru sandaran yang berdepan kesukaran kerana tidak dibayar gaji,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Sementara itu, jika disabit kesalahan, kedua-dua suspek tersebut boleh dihukum penjara minimum 20 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN