Palestin serah mayat remaja Israel maut kemalangan di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Palestin serah mayat remaja Israel maut kemalangan di Tebing Barat

TIRAN FERO

BAITULMUQADDIS: Mayat seorang remaja Israel yang maut akibat kemalangan jalan raya di Tebing Barat diserahkan semula pihak berkuasa Palestin kepada keluarganya, hari ini.

Tiran Fero, 17, yang merupakan komuniti Druze dibawa ke hospital di Jenin, Tebing Barat berikutan kemalangan yang berlaku.

Ketika mendapat rawatan, remaja itu meninggal dunia dan keluarganya mendakwa kumpulan bersenjata Palestin menahan mayatnya daripada dihantar semula ke Israel.

Perdana Menteri Israel, Yair Lapid semalam mengugut untuk mengambil tindakan tegas sekiranya Palestin masih menahan mayat remaja tersebut.

Namun, selepas mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan, pihak berkuasa Palestin bersetuju untuk menyerahkan semula mayat remaja itu kepada keluarganya.

Selepas penyerahan itu, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz mengucapkan terima kasih kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA). – AFP

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN