NASA bakal lancar roket mega teruskan misi ke Bulan - Utusan Malaysia

NASA bakal lancar roket mega teruskan misi ke Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Selepas dua percubaan yang gagal, Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) akan meneruskan rancangan ke Bulan menerusi pelancaran roket mega terbaharunya yang dijangka dilaksanakan dari Florida esok.

Misi Artemis 1, merupakan penerbangan ujian tanpa angkasawan yang menjadi langkah pertama rancangan agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) untuk membina kehadiran berkekalan di Bulan, seterusnya mendapatkan maklumat baharu dalam usaha membuat persediaan untuk pelayaran masa hadapan ke Marikh.

“Masa kami akan tiba dan kami berharap melaksanakan perkara itu pada hari Rabu,” kata Pengurus Misi Artemis 1, Mike Sarafin di ibu pejabat NASA.

Program angkasa lepas baharu itu muncul 50 tahun selepas kali terakhir manusia menjejakkan kaki di Bulan.

Pelancaran pertama roket paling berkuasa pernah direka oleh NASA itu ditetapkan pada pukul 1.04 pagi waktu tempatan dengan kemungkinan tempoh pelancaran selama dua jam.

Hitungan detik bersejarah itu sudah bermula di Pusat Angkasa Kennedy di mana roket gergasi berwarna jingga dan putih menanti penerbangan sulungnya.

Waktu berlepas dijadualkan kurang dari seminggu selepas laluan Taufan Nicole di mana roket itu bertahan di luar landasan pelancarannya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.