Mahkamah Belanda putuskan MH17 ditembak jatuh peluru berpandu BUK - Utusan Malaysia

Mahkamah Belanda putuskan MH17 ditembak jatuh peluru berpandu BUK

KETUA Hakim, Hendrik Steenhuis bersama barisan hakim dan peguam melihat bangkai kapal terbang MH17 yang dibina semula di pangkalan tentera udara, selatan Belanda. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM: Panel hakim mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines, MH17 ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu BUK yang dilancarkan dari kawasan berhampiran ladang pertanian di Pervomaisk di timur Ukraine.

Pervomaisk merupakan kawasan yang dikuasai kumpulan pemisah pro-Russia.

Mahkamah juga menetapkan nahas yang berlaku adalah bukan konflik bersenjata antarabangsa di Ukraine.

Keputusan itu dibacakan oleh ketua hakim, Hendrik Steenhuis.

Pada 17 Julai 2014, pesawat MH17 terhempas ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dengan membawa seramai 298 penumpang.

Berdasarkan siasatan dan perbicaraan yang berlangsung selama lapan tahun, pesawat itu dipercayai ditembak peluru berpandu BUK ketika terbang di kawasan Donetsk.

Nahas yang berlaku mengorbankan kesemua penumpang termasuk kru pesawat dengan kebanyakan mangsa merupakan rakyat Belanda. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya