Lelaki AS naik Uber untuk rompak bank - Utusan Malaysia

Lelaki AS naik Uber untuk rompak bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang lelaki bertindak licik apabila menggunakan perkhidmatan Uber untuk merompak sebuah bank, baru-baru ini.

Lapor Mirror, suspek, Jason Christmas, 42, dari Southfield, Michigan, kemudian memaksa pemandu Uber terbabit menunggu di luar bank sehingga ‘tugasannya’ selesai untuk membawanya pulang ke rumah.

Christmas bagaimanapun ditangkap kerana disyaki merompak Bank Huntington sebelum pukul 5 petang pada 16 November.

Menurut polis, suspek menaiki kenderaan perkhidmatan Uber ke bank dan meminta pemandu itu menunggu ketika dia masuk ke dalam dan merompak bank itu.

Pemandu Uber tersebut langsung tidak menyedari agenda perompak itu ketika dia menunggu di luar.

“Ini adalah cara yang sangat luar biasa untuk melakukan rompakan bersenjata di bandar kami,” kata Ketua Polis Southfield Elvin Barren.

Selepas melakukan rompakan, pemandu Uber memandu suspek kembali ke blok flat didiaminya dekat Lahser sebelum polis tiba di luar pangsapuri untuk menahan Christmas.

Polis Southfield mengeluarkan rakaman kamera badan menunjukkan Christmas digari dan ditangkap.

Dia disoal siasat oleh polis sama ada sudah terkena tembakan kerana ada ‘bahan merah’ yang terdapat di seluruh badannya.

Bagaimanapun, Christmas mendedahkan bahawa ‘barangan merah’ itu adalah daripada pewarna yang tertinggal di dalam dompet yang diserahkan oleh bank kepadanya.

Seorang pegawai polis bertanya kepadanya: “Adakah anda ditembak…. mengapa anda mempunyai bahan merah ini di seluruh (badan) anda?”

Barron berkata, suspek memakai pakaian yang sama seperti rompakan yang disaluti dengan pewarna merah.

Polis menjumpai wang rompakan itu yang mempunyai dakwat merah.

Pihak berkuasa dapat menjejaki pemandu Uber itu dan dia ditahan semula selepas polis menemui nombor platnya pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bank terbabit.

Bagaimanapun, pemandu itu menafikan pembabitannya dengan jenayah berkenaan.

Christmas kini berdepan dakwaan melakukan rompakan bank.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.