Lelaki bawa kapak, pedang masuk bangunan akhbar New York Times - Utusan Malaysia

Lelaki bawa kapak, pedang masuk bangunan akhbar New York Times

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki bersenjatakan kapak dan pedang memasuki lobi bangunan New York Times semalam dan meminta untuk bercakap dengan pihak dari bahagian politik.

Pihak berkuasa berkata, lelaki itu kemudian menyerahkan senjatanya dan menunggu kakitangan kecemasan apabila dia tidak dibenarkan masuk.

Pegawai Jabatan Polis New York bergegas ke bangunan Times di tengah bandar Manhattan sejurus selepas tengah hari sebaik mendapat panggilan 911 mengenai seorang lelaki bersenjata.

Sebaik tiba, pasukan keselamatan bangunan memaklumkan bahawa lelaki yang membawa dua senjata itu membuat permintaan untuk bercakap dengan bahagian tertentu kakitangan akhbar.

Suspek kemudian dibawa ke hospital untuk penilaian kesihatan. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya