Korea Selatan kesan 180 pesawat pejuang Korea Utara di garisan sempadan tentera - Utusan Malaysia

Korea Selatan kesan 180 pesawat pejuang Korea Utara di garisan sempadan tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Tentera Korea Selatan menghantar jet pejuang selepas mengesan kira-kira 180 pesawat pejuang Korea Utara terbang ke utara sempadan tentera selama empat jam.

Tentera Korea Selatan dalam satu kenyataan berkata, pesawat Korea Utara itu terbang ke utara kawasan dipanggil garisan langkah taktikal 20 kilometer (km) ke utara Garisan Persempadanan Tentera (MDL).

“Korea Selatan menghantar 80 pesawat, termasuk, pesawat pejuang F-35A, sebagai tindak balas terhadap tindakan Korea Utara.

“Kira-kira 240 pesawat yang menyertai latihan udara dengan Amerika Syarikat (AS) meneruskan latihan itu,” katanya.

Sebanyak 10 pesawat pejuang Korea Utara melakukan gerakan serupa bulan lalu, mendorong Korea Selatan untuk menghantar jet sebagai tindak balas.

Gerakan itu berlaku selepas Korea Utara melepaskan lebih 80 das tembakan artileri ke dalam laut semalaman dan melancarkan beberapa peluru berpandu ke laut termasuk kemungkinan peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang gagal.

Pelancaran itu mendorong AS dan Korea Selatan melanjutkan latihan udara yang menimbulkan kemarahan Pyongyang.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya