Heinz cipta jubah kalis kotoran, kekal putih bersih - Utusan Malaysia

Heinz cipta jubah kalis kotoran, kekal putih bersih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Cetusan idea antara syarikat makanan Heinz dengan firma perhubungan awam Wunderman Thompson berjaya menghasilkan pakaian antikotor.

Pakaian berupa jubah yang dinamakan sebagai ‘Unstainable Thobe’ itu berupaya kekal putih bersih tanpa sebarang kesan kotoran kerana dihasilkan dengan keupayaan ‘menghalang kesan kotoran seperti sos makanan’.

“Inspirasi untuk menghasilkan jubah itu diperoleh daripada masyarakat dan budaya Teluk Arab kerana jubah merupakan pemakaian utama buat masyarakatnya.

“Usaha untuk memastikan jubah yang dipakai sentiasa bersih dan putih menunjukkan keprihatinan dan kebangsaan bagi masyarakat Arab,” menurut penulis iklan kanan Wunderman Thompson Dubai, Adham Abdullah.

Lapor Arab News, jubah tersebut dilancarkan menerusi kerjasama yang mengikuti rekaan tradisional jubah Arab, namun para pereka menyasarkan untuk meluaskan pengeluarannya dalam rekaan versi Amiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman.

Jubah tersebut mengambil masa setahun untuk dihasilkan, dari fasa pembentukan konsep, kelulusan, ujian dan penghasilan.

“Fasa ujian merupakan fasa yang paling lama. Ia mengambil kami masa beberapa bulan untuk mendapatkan teknologi yang tepat dan beberapa bulan lagi untuk mempelajari cara terbaik untuk menggunakan teknologi itu pada jubah tanpa menjejas unsur semula jadinya sambil memastikan ia menawarkan perlindungan yang diperlukan untuk mencegah sebarang kotoran,” kata Pengarah Kreatif Wunderman Thompson Dubai, Tiago Bastos.

Lapisan perlindungan jubah yang mencegah sebarang kotoran diperbuat daripada berjuta-juta filamen silikon berukuran 40 nanometer yang melekat pada kain dan membina lapisan yang mampu  melindunginya daripada sebarang kotoran.

Selain itu, si pemakai tidak perlu risau sekiranya lapisan perlindungan kekotoran itu akan terjejas selepas dicuci kerana teknologi yang digunakan membolehkannya bertahan bagi jangka panjang.

Namun, pemakai diingatkan supaya tidak sesekali menggosok kesna tumpahan atau kotoran, sebaliknya, cuci dengan air dan kotoran akan hilang.

Buat masa ini, jubah tersebut tidak dijual dalam pasan, namun boleh dimenangi menerusi akaun media sosial Heinz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN