Enggan gugurkan kandungan, wanita maut ditolak ke dalam laut - Utusan Malaysia

Enggan gugurkan kandungan, wanita maut ditolak ke dalam laut

MAYAT seorang wanita hamil ditemukan dalam keadaan bogel di Pantai Ngarawe di Gunungkidul, Yogyakarta. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Seorang wanita ditemukan maut dalam keadaan bogel, selain mata dan hidungnya berdarah di Pantai Ngarawe di Gunungkidul, Yogyakarta.

Mayat wanita yang dikenal pasti sebagai RN, 25, itu juga disahkan hamil 28 minggu atau tujuh bulan.

Identiti mangsa dikenal pasti selepas polis menahan teman lelakinya yang berusia 24 tahun dan juga merupakan bapa kepada anak dalam kandungannya.

Kepada polis, suspek memberitahu dia membunuh mangsa sambil dibantu rakannya dengan menolak wanita itu dari tebing tinggi dan jatuh ke dalam laut.

Suspek pada mulanya tidak mengaku menjalin hubungan dengan mangsa sebelum memberitahu, dia membunuh wanita itu kerana dia enggan menggugurkan kandungannya.

Berdasarkan keterangan daripada ibu bapa mangsa, kali terakhir RN menghubungi mereka menerusi aplikasi Whatsapp adalah pada 14 November lalu pada pukul 11 malam.

Sebelum membunuh mangsa, suspek sempat membawanya makan sebelum pergi ke Solo, kemudian ke Pantai Kukup kononnya untuk bersiar-siar.

Ketika itu, suspek mencari peluang menolak mangsa dari tebing tinggi, namun gagal sebelum menyuruh mangsa melakukan hubungan seks dengannya.

“Namun, disebabkan suspek terlalu fokus untuk membunuh mangsa, dia enggan melakukan hubungan intim lalu menghubungi rakannya.

“Rakan suspek kemudiannya tiba dan menekup hidung dan mulut mangsa sehingga dia pengsan sebelum mereka menolaknya jatuh ke dalam laut dari tebing tinggi.

“Mayat mangsa kemudiannya hanyut sehingga ke Pantai Ngarawe,” kata Ketua Polis Gunungkidul, Edy.

Polis yang melakukan bedah siasat terhadap mayat mangsa menyatakan wanita itu masih hidup ketika dia ditolak ke dalam laut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.