Demam campak kembali 'mengganas' di seluruh dunia

Demam campak kembali ‘mengganas’ di seluruh dunia

PETUGAS kesihatan menyuntik vaksin demam campak kepada kanak-kanak di sebuah hospital di Podgorica, Montenegro. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ancaman penyakit demam campak kini makin buruk dengan dilaporkan merebak di kebanyakan negara di seluruh dunia.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan agensi kesihatan awam Amerika Syarikat (AS), situasi itu berlaku ketika pandemik Covid-19 menjejaskan program suntikan vaksinasi serta pemantauan jangkitan penyakit itu.

Virus demam campak adalah antara yang paling mudah berjangkit dan boleh dicegah sepenuhnya melalui vaksinasi.

Bagaimanapun, ia memerlukan kira-kira 95 peratus liputan vaksinasi untuk mencegah penularan penyakit itu dalam kalangan penduduk.

WHO dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dalam satu laporan bersama menyatakan hampir 40 juta kanak-kanak gagal mendapatkan suntikan vaksin demam campak pada 2021 akibat halangan disebabkan pandemik Covid-19.

Malah, jelas laporan itu, jumlah berkenaan merupakan yang tertinggi pernah direkodkan.

Ketua WHO sektor penyakit demam campak, Patrick O’Connor memaklumkan sudah tiba masanya untuk bertindak walaupun kes demam campak masih belum meningkat secara mendadak berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Kita berada di suatu tahap yang mana perlu membuat keputusan sangat penting.

“Sudah tentu, 12 hingga 24 bulan akan datang bakal menjadi tempoh yang amat mencabar untuk menangani masalah ini,” katanya.

Tambah O’Connor, pelbagai faktor seperti langkah penjarakan sosial yang berterusan dan sifat kitaran demam campak menjelaskan mengapa lonjakan kes jangkitan belum berlaku walaupun jurang imuniti semakin meluas.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu boleh berubah dengan cepat, sambil merujuk sifat penyakit berkenaan yang sangat mudah berjangkit.

Jelasnya, WHO sudah menyaksikan peningkatan besar penularan penyakit itu sejak awal tahun ini, iaitu meningkat daripada 19 kepada hampir 30 menjelang September lalu.

O’Connor berkata, beliau amat bimbang dengan kesannya di bahagian sub-Sahara Afrika. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya