China terus 'meriah' dengan gelombang jangkitan Covid-19 baharu - Utusan Malaysia

China terus ‘meriah’ dengan gelombang jangkitan Covid-19 baharu

PENDUDUK menjalani saringan asid nukleik bagi mengesan jangkitan Covid-19 di Wuhan, Wilayah Hubei. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China melaporkan 14,878 jangkitan Covid-19 baharu semalam, dengan 1,711 daripadanya bergejala dan 13,167 tidak bergejala.

Laporan itu dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaannya, hari ini.

Katanya, angka itu meningkat jika dibandingkan dengan 11,950 kes baharu sehari sebelumnya dengan 1,504 kes bergejala dan 10,446 kes tidak bergejala.

Tidak termasuk jangkitan import, China melaporkan 14,761 kes tempatan baharu, di mana 1,675 adalah bergejala dan 13,086 tidak bergejala, meningkat daripada 11,803 kes sehari sebelumnya.

Setakat ini, tiada kematian baharu, sama seperti sehari sebelumnya yang mengekalkan kes kematian pada 5,226.

Sehingga semalam, tanah besar China mengesahkan 271,968 kes dengan gejala.

Data kerajaan tempatan menunjukkan Beijing melaporkan 161 kes bergejala dan 74 kes tanpa gejala, berbanding 68 kes bergejala dan 48 kes tidak bergejala pada hari sebelumnya.

Guangzhou melaporkan 189 kes baru bergejala dan 3,464 tidak gejala, berbanding 259 kes bergejala dan 2,921 kes tanpa gejala sehari sebelumnya, kata pihak berkuasa di bandar yang mempunyai hampir 19 juta orang itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN