China halau kapal perang AS berhampiran Kepulauan Spartly - Utusan Malaysia

China halau kapal perang AS berhampiran Kepulauan Spartly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China mendakwa tenteranya `menghalau’ sebuah kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh perairan berhampiran Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Lapor Al Jazeera, USS Chancellorsville yang merupakan kapal penjelajah peluru berpandu, baru-baru ini belayar merentasi Selat Taiwan.

Jurucakap Kawalan Selatan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), Kolonel Tian Junli berkata, tindakan tentera AS itu mencabuli kedaulatan dan keselamatan China.

Junli turut menuduh AS meningkatkan provokasi di kawasan tersebut.

Malah, Junli juga mendakwa kejadian itu adalah satu lagi bukti kuat tindakan navigasi agresif dan ketenteraan AS di Laut China Selatan.

Junli menerusi aplikasi WeChat menegaskan tentera China akan berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan insiden itu.

Setakat ini, tentera AS masih belum mengeluarkan sebarang komen berhubung isu itu.

China menuntut hampir keseluruhan kawasan di Laut China Selatan sebagai miliknya.

Filipina, Malaysia, Vietnam, Brunei dan Taiwan juga membuat tuntutan bertindih terhadap wilayah di perairan itu yang penting untuk pelayaran dan perdagangan antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya