Calon presiden, naib presiden perlu mahir ekonomi - Jokowi

Calon presiden, naib presiden perlu mahir ekonomi – Jokowi

JOKO Widodo meninjau kereta api laju di Stesen Tegalluar, Bandung yang dijangka diuji pada bulan ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengingatkan semua calon yang bertanding merebut jawatan presiden dan naib presiden dalam Pilihan Raya Umum (Pemilu) pada 2024 perlulah menguasai isu berkaitan ekonomi makro dan mikro.

Katanya, hal itu penting bagi kedua-dua pemimpin tersebut dalam memastikan ekonomi negara sentiasa stabil, sekali gus memelihara kemakmuran rakyat.

“Calon-calon yang bertanding perlu menguasai pengetahuan dalam sektor ekonomi secara menyeluruh. Bukan sahaja melibatkan sektor utama, bahkan sektor ekonomi kecil-kecilan juga.

“Bila sudah menguasai, maka pemimpin itu boleh membuat keputusan yang tepat untuk negara dan rakyat. Isu ini penting dan jangan main-main,” tegasnya.

Selain itu, Jokowi juga menyatakan, pembuatan keputusan yang tepat amat penting bagi setiap negara kerana situasi masa akan datang yang sentiasa berubah-ubah.

Katanya, situasi itu boleh menjadi ‘normal dan tidak normal’ bergantung kepada perkara yang berlaku dan dari situlah setiap pemimpin perlu memainkan peranan penting dalam membuat keputusan yang baik.

Malah, pemimpin Indonesia itu turut menasihatkan semua parti politik supaya tidak tersalah mencalon pihak yang bertanding untuk jawatan presiden dan naib presiden.

“Jangan sembarangan menentukan calon presiden dan naib presiden yang akan dipiliha rakyat kerana jika tidak betul, banyak pihak akan merana,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jokowi sekali lagi mengingatkan bahawa banyak pihak menjangkakan keadaan ekonomi pada tahun depan semakin getir.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak sentiasa berwaspada dengan krisis yang bakal berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN