Budak 5 tahun maut tercekik pin papan notis  - Utusan Malaysia

Budak 5 tahun maut tercekik pin papan notis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di United Kingdom (UK) meninggal dunia akibat tercekik setelah tertelan sebatang pin papan notis. 

Lapor Daily Mail, Kyle Lewis dari South Yorkshire meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa di hospital Rotherham.

Kyle maut dalam dakapan ibu bapanya, kira-kira enam hari selepas menyambut hari jadi yang kelima. 

“Kyle menghembuskan nafas terakhir ketika kami sedang memeluknya.

“Tiada kata-kata yang mampu diungkapkan apabila menyaksikan anak kesayangan meninggalkan kami selama-lamanya,” kata keluarga itu dalam satu mesej peribadi.

Laporan imbasan kanak-kanak itu menunjukkan kira-kira 90 hingga 95 peratus otak Kyle terjejas selepas dia tertelan pin papan notis itu.    

Mangsa juga diserang sawan beberapa kali dan demam sebelum meninggal dunia. 

Sementara itu, ibu mangsa, Emma Lewis berkata, Kyle terpaksa bergantung pada mesin sokongan hayat selepas dimasukan ke hospital.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya