Bezos mahu sumbang hasil kekayaan bantu perubahan iklim - Utusan Malaysia

Bezos mahu sumbang hasil kekayaan bantu perubahan iklim

JEFF BEZOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pengasas Amazon, Jeff Bezos berhasrat mendermakan sebahagian besar daripada kekayaannya yang berjumlah lebih AS$124 bilion (RM568 bilion) kepada badan amal berkaitan perubahan iklim.

Bezos turut mengumumkan mahu menyokong individu yang boleh menyatukan manusia serta memulihkan perpecahan sosial dan politik yang semakin memburuk kini.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh saluran berita CNN baru-baru ini namun hartawan e-dagang itu tidak memberikan butiran khusus tentang badan amal yang akan dipilih dan jumlah dana yang bakal didermakan dalam temu bual tersebut.

Bezos sebelum ini dikritik kerana tidak menandatangani ikrar kempen The Giving Pledge yang menghimpunkan ratusan individu terkaya di dunia untuk mendermakan sebahagian besar kekayaan mereka bagi tujuan amal.

Beliau dilaporkan mendermakan sekitar AS$10 bilion (RM45.8 bilion) dalam tempoh 10 tahun atau kira-kira 8 peratus daripada nilai bersih kekayaannya kepada Dana Bumi Bezos.

“Membina Amazon bukan mudah. Ia memerlukan banyak kerja keras, sekumpulan rakan sepasukan yang sangat bijak dan saya mendapati bahawa kedermawanan juga tidak mudah, ia sangat sukar.

“Kami sedang membina kapasiti untuk dapat memberikan wang ini. Terdapat banyak cara yang mungkin juga tidak berkesan jadi saya perlu memikirkannya dengan teliti dan perlu mempunyai orang yang hebat dalam pasukan,” jelasnya.

Minggu lalu, penyanyi dan dermawan AS, Dolly Parton meluahkan rasa gembira selepas menerima AS$100 juta (RM458.95 juta) daripada Bezos menerusi Bezos Courage & Civility Award.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya