Bayi perempuan di Filipina jadi penduduk kelapan bilion dunia - Utusan Malaysia

Bayi perempuan di Filipina jadi penduduk kelapan bilion dunia

BAYI perempuan yang dinamakan Vinice Mabansag menjadi penduduk dunia yang kelapan bilion. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Seorang bayi perempuan yang dilahirkan pada pukul 1.29 pagi semalam di sebuah hospital di sini, dinobatkan sebagai penduduk dunia yang kelapan bilion.

Bayi perempuan yang dinamakan sebagai Vinice Mabansag itu disahkan sebagai penduduk kelapan bilion dunia oleh Suruhanjaya Populasi dan Pembangunan Filipina.

Ketua Pengarah Hospital Memorial Dr. Jose Fabella, Dr. Romeo Bituin berkata, pasukan perubatan menunggu kira-kira dua jam bermula pukul 11 malam sehingga bayi itu dilahirkan pada pukul 1.29 pagi.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) beberapa jam sebelum itu meramalkan jumlah penduduk dunia bakal mencecah lapan bilion orang.

PBB juga menjangkakan jumlah populasi dunia bakal menginjak sembilan bilion orang dalam tempoh 15 tahun lagi, iaitu ketika 2037.

Dalam pada itu, kelahiran Vinice diraikan di seluruh Filipina dengan media tempatan memenuhi ruang hospital bagi merakamkan gambar bayi itu bersama ibunya.

Bayi tersebut dan ibunya juga dilaporkan dalam keadaan sihat dan akan dibenarkan pulang ke rumah dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya