Bayi disumbat dalam beg sandang sebelum dicampak ke dalam sungai - Utusan Malaysia

Bayi disumbat dalam beg sandang sebelum dicampak ke dalam sungai

SEORANG daripada nelayan menemukan bayi perempuan di dalam beg sandang yang dicampakkan ke dalam sungai di Brazil. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRASILIA: Seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan terselamat selepas dicampak dari jambatan ke dalam sungai.

Ketika kejadian, bayi itu diletakkan di dalam beg sandang sebelum pelakunya mencampaknya ke dalam sungai di Sao Lourenco da Mata, Brazil, kelmarin.

Bayi itu bernasib baik apabila dua nelayan perasan beg itu dibuang ke dalam sungai, selain terdengar suara tangisan bayi.

Seorang daripada nelayan yang dikenali sebagai Pedro berkata, rakannya segera mengambil beg sandang itu dan serahkan kepadanya.

“Apabila saya buka, ada seorang bayi di dalamnya dan dia menangis.

“Saya berasa amat terkejut sehingga saya juga menangis. Siapakah manusia kejam yang tergamak membuang bayi ke dalam sungai?,” katanya.

Kedua-dua nelayan itu kemudiannya segera membawa bayi berkenaan ke hospital dan menghubungi pihak berkuasa.

Bayi itu disyaki dilahirkan beberapa jam sebelum kejadian, selain tali pusatnya juga dipotong secara ‘sambil lewa’.

Namun, hospital mengesahkan bayi perempuan itu dalam keadaan baik.

Pengguguran janin adalah salah di sisi undang-undang negara dan pelaku boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun jika disabit kesalahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya